Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

7 Okt - Kelmarin telah dijalankan Majlis Persaraan Pengetua, Tn. Haji Johari Samad di Dewan Kuliah Al-Karamah, MEKAR. Majlis ini telah dihadiri seluruh warga MEKAR, YDP PIBG; Tn. Hj. Zaid Md Saman dan AJK-AJK PIBG lain.

Majlis ini merupakan acara awal peringkat dalaman sebelum acara kemuncaknya yang berlangsung pada 6 Oktober (Jumaat).



-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

[رواه البخاري ومسلم]


Terjemahan:
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.

(Bukhari dan Muslim)
- -
Baru-baru ini satu majlis Redha Ilmu bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi sesi persekolahan 2017 telah dijalankan di Dewan Kuliah al-Karamah, MEKAR. Majlis telah dijalankan pada 4 Oktober (Rabu) lalu jam 2.15 petang.

Dalam majlis tersebut, adik Adeeba Raihana Azaruddin dari Tingkatan 3 Mumtazah mewakili calon-calon PT3 2017 dijemput memberikan ucapan. Manakala, En. Mohd Safuan Najib Othman pula telah mewakili guru yang mengajar Tingkatan 3.

Majlis diteruskan dengan kalam taujihat daripada Pengetua, Tn. Haji Johari Samad kepada semua calon PT3. Ini merupakan kalam taujihat terakhir daripada beliau ekoran hari persaraan beliau yang semakin hampir sebelum tiba hari peperiksaan.

Majlis diakhiri dengan sesi calon-calon memohon maaf dan memohon restu setiap guru mereka dan juga penyerahan bantuan alat tulis.



-
Halaqah Ilmu di kalangan guru-guru MEKAR telah dijalankan buat pertama kali pada 27 September (Rabu) lalu. Pertemuan telah berjalan selepas waktu persekolahan. Perkongsian isi tazkirah, pembacaan Ayat al-Quran dan Hadis telah diketuai oleh Us. Nurulamry Jaludin.



-
Majlis Bacaan Yassin serta Solat Hajat Perdana telah dilangsungkan pada 21 September (Khamis) lalu.

Majlis tersebut telah dimulai dengan bacaan doa akhir Tahun Hijrah beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti bacaan doa awal Tahun Hijrah selepas Maghrib. Slot tersebut telah dikendalikan oleh Us. Muhamad Firdaus Abd Hamid dan Pengetua, Tn. Haji Johari Samad.

Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diimamkan oleh tetamu jemputan, Us. Ahmad Faris Sulaiman.

Hadir sama, Yang diPertua (YDP) PIBG sekolah, Tn. Hj. Zaid Md Saman.




- -
Penyerahan Rekod Prestasi Murid Tingkatan 3, 4, dan 5 telah dijalankan pada 21 September bertempat di Dewan al-Karamah, MEKAR. Program telah dimulakan jam 5 petang.

Ibubapa telah bertemu dengan guru kelas bersama guru matapelajaran bagi membincangkan pencapaian prestasi terkini anak-anak agar pencapaian anak-anak dapat diberi perhatian dan dipertingkatkan bagi menghadapi peperiksaan PT3, SMA dan SPM tahun ini.





-

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم  قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا  مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَـهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَ 
[رواه البخاري ومسلم ]


Terjemahan:
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma sesungguhnya Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah ta’ala

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- -